Hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang di ajar oleh guru.
Hati yang kurang bersih membuat fikiran kita bercelaru.
Hati ‘kotor’ akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang pelajar.
Kita akan malas belajar, malas mahu membaca buku, terasa berat nak mengulangkaji.
Masuk ke kelas pun malas-malas saja. Kesan paling ketara, kita tidak akan minat untuk belajar
. Bangun pagi pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab menjadi
seorang pelajar sekolah sahaja.
rajin-rajinkan lidah beristighfar, rasakan bahawa kita sudah banyak membuat kesalahan di
masa lalu kemudian kita betul-betul minta ampun. Selain meminta ampun daripada Allah swt,
minta ampun daripada ibu dan bapa kita.
Kegembiraan mereka merestui usaha kita, pembuka jalan kejayaan buat pembelajaran kita.
Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat
, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang...
Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita.